menu
person
« 1 2 3 »
SETIAP pembaca, pendengar dan orang yang menghadiri majlis al-Quran, pasti akan dicatatkan beberapa kelebihan serta kurniaan pahala daripada Allah berdasarkan keikhlasan masing-masing.

Membaca ayat al-Quran sama ada secara bertadarus atau melalui perujian dalam sesuatu pertandingan sebenarnya memberikan pelbagai kelebihan bukan saja kepada pembaca, malah sesiapa yang mendengar dan menghadiri majlis itu.

Bagi pembaca, kelebihan yang ditawarkan ini cukup banyak. Dalam hal ini, Saidina Ali pernah berkata: "Sesiapa yang membaca al-Quran sedang dia mengekalkan solat, maka baginya atas setiap huruf yang dibaca itu sebanyak 100 kebajikan, sesiapa yang membacanya sedang dia duduk lepas solat baginya atas setiap huruf yang dibaca 50 kebajikan.

"Sesiapa yang membaca, sedang dia berada di luar solat tetapi dalam

keadaan berwuduk bagi setiap huruf yang dibaca 25 kebajikan. sesiapa yang membacanya sedang dia belum berwuduk baginya atas setiap huruf yang dibaca itu 10 kebajikan."

Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah turunkan sebaik-baik pembicaraan iaitu sebuah kitab al-Quran yang semua isinya kerap kali sama serta berulang-ulang begitu pun menjadi seram serta naiklah bulu roma bagi mereka yang membacanya, lalu kemudian akan lembut pula hati mereka untuk mengingati aku." (Surah az-Zumar, ayat 23).

Sahabat Rasulullah SAW, Hazrat Ibni Usman menyatakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah bersabda bermaksud: "Muslim yang terbaik antar ... Read more »
Views: 807 | Added by: winamp05 | Date: 05 Aug 2008 | Comments (0)

Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.

Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi.

Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?"

Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham."
"Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi.
"Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham."

Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, b ... Read more »
Views: 801 | Added by: winamp05 | Date: 03 Mar 2008 | Comments (0)

1.     Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2.     Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3.     Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4.     Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama saya (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5.     Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6.     Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7.     Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8.& ... Read more »
Views: 805 | Added by: winamp05 | Date: 16 Dec 2007 | Comments (0)

Kenapa kaabah berbentuk segiempat

Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, Kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yang last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adala ... Read more »
Views: 757 | Added by: winamp05 | Date: 16 Dec 2007 | Comments (0)

Antara nikmat yang wajib untuk kita syukuri adalah nikmat perutusan Nabi Muhammad S.A.W. Tanpa Baginda, maka kita tidak akan dapat mengecapi nikmat Iman, Islam, al-Quran dan sebagainya. Baginda diutuskan Allah untuk memperkenalkan kita dengan nikmat-nikmat tersebut seterusnya mengajar kita agar mengecapi nikmat-nikmat tersebut dengan menghayatinya dan mengamalkannya. Antara nikmat-nikmat itu ialah nikmat Islam. Allah berfirman di dalam surah Ali Imran, ayat 19: Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah adalah Islam.

Kita semua sedia maklum bahawa Islam adalah agama yang benar. Kebenarannya terserlah pada setiap ajarannya yang lengkap, abadi, sempurna, menyeluruh dan indah. Islam adalah agama yang mengatur kehidupan manusia sejagat. Islam adalah rahmat dalam segenap aspek. Tiada sesuatu pun yang terkecuali melainkan pasti dilitupi oleh nikmat dan rahmat Islam. Islam merangkumi setiap sudut kehidupan, yang kecil mahu pun yang besar. Islam itu ialah Negara dan Tanah Air atau ianya adalah Kerajaan dan Umat. Islam itu ialah Akhlak dan Kekuatan atau ianya adalah Rahmat dan Keadilan. Islam itu ialah Kebudayaan dan Perundangan atau ianya adalah Ilmu Pengetahuan dan Kehakiman. Islam itu ialah Material dan Dana atau ianya adalah Usaha dan Kekayaan. Islam itu ialah Jihad dan Seruan Dakwah atau ianya adalah Ketenteraan dan Ideologi. Sebagaimana Islam itu adalah Akidah yang Benar dan Ibadah yang Sohih. Oleh itu, Islam itu adalah semua dan semua itu adalah Islam. Sama sahaja. T ... Read more »
Views: 738 | Added by: winamp05 | Date: 16 Dec 2007 | Comments (0)

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "Hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu ... Read more »
Views: 759 | Added by: winamp05 | Date: 14 Nov 2007 | Comments (0)

“Kerja ni nampak mudah saja. Tapi entah Kenapa, dah berbulan-bulan saya buat belum siap lagi? Hurmmmm, apa nak jadi ni. Lepas satu, satu masalah timbul! Dah buat dahhhhh! Problem lama pun tak selesai lagi, dah dating pulak problem lain. Bertimpa-timpa. Tension! Tensionnya akuuuu!!!”

Beginilah antara bunyi keluhan dan luahan manusia lewat persinggahannya di dunia nan sementara cuma. Keluhan yang membayangkan betapa kusut jiwanya. Betapa rimas naluri fitrahnya. Betapa berserabut akal mindanya. Betapa kelam derap langkahnya. Betapa buntu dan sukar bilah-bilah harinya.

Sama ada sedar mahupun tidak, boleh dikatakan ramai manusia baik secara individu mahupun berkelompok telah pun menghadapi situasi sukar dan sulit ini. Namun, post mortem yang dibuat hanya berjaya menyentuh dan mencungkil faktor-faktor lahiriah semata-mata. Tidak pada factor rohaniah yang menjadi subjek nilaian, perhatian dan pemantauan Allah s.w.t. hasilnya, masa terus berlalu dan segalanya masih sukar, sulit dan serba tak menjadi.

Demi Allah! Sungguh menakjubkan, bagaimana seseorang manusia mendapati pintu-pintu kebaikan dan kemaslahatan tertutup rapat bagi dirinya. Jalannya sebelum itu amat mudah baginya. Benarkah yang ia langsung tidak tahu-menahu dari sumber manakah yang membiakkan segala kesukarannnya?

Dosa dan maksiat, itulah sebab tersungkurnya kita dalam menghadapi kehidupan di dunia ini. Sukar yang terjadi bukan kerana bukan kerana sesuatu kerja itu sukar akan tetapi palitan ... Read more »
Views: 718 | Added by: winamp05 | Date: 14 Nov 2007 | Comments (0)

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukupl ... Read more »
Views: 772 | Added by: winamp05 | Date: 14 Nov 2007 | Comments (0)

Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai Sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk
membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah Sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari Seorang lelaki. D ... Read more »
Views: 731 | Added by: winamp05 | Date: 14 Nov 2007 | Comments (0)

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali Dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada Nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah . “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk disitu Beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam Beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
    
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa.Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian Dia keluar sambil membawa seekor bab* Betina yang besar. Bab* itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini,” kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Bab* itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu bab* itu dilapkan sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor bab* Jantan yang lebih besar. Bab* itu juga dimandikan dan dibersihkan,kemudian dilap hingga keri ... Read more »
Views: 684 | Added by: winamp05 | Date: 14 Nov 2007 | Comments (0)

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai bomoh, dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi
Views: 708 | Added by: winamp05 | Date: 14 Nov 2007 | Comments (1)

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris lah.a berkata. Aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?"
Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?"

Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"

Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"
Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."

Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?"
Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."

Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan ses ... Read more »
Views: 749 | Added by: winamp05 | Date: 14 Nov 2007 | Comments (6)

Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu dan janganlah kamu berhias serta bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah terdahulu…” (al-Ahzaab: 33)

Berdasarkan ayat 33 dari surah al-Ahzaab, Imam Mujahid berkata, “Suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Inilah yang dimaksudkan dengan tabarruj jahiliyah.”

Imam Qatada pula erkata, “Suatu
ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang menghairahkan. Inilah yang dimaksudkan dengan tabarruj jahiliyah yang terdahulu”. Imam Muqatil Hayyan pula berkata: “Tabarruj berlaku apabila kaum wanita menutup kepala mereka dengan kain tudung tetapi masih mendedahkan leher, rantai dan subang
mereka”.

Ayat ini tidak bermaksud mengongkong pergerakan wanita Islam. ia juga tidak bermaksud, tempat bagi kaum wanita hanyalah di dalam rumahnya sahaja kerana Nabi SAW pernah
mendoakan supaya Ummu Haram dapat keluar berperang di lautan bersama-sama dengan tentera-tentera Islam yang lain. Tambahan daripada itu, Khalifah Omar al-Khattab pernah melantik seorang wanita yang berhama Ummu as-Syifa binti Abdullah menjadi penyelia di pasar Madinah. Islam
mengizinkan wanitanya keluar rumah bagi suatu keperluan yang baik, seperti mencari ilmu sama ada fardu ain atau fardu kifayah, menziarahi ibu bapa serta mencari rezeki yang halal demi memenuhi keperluan hidup, dengan batas-batas
yang ditetapkan. Ayat ini sebenarnya bertujuan memuliakan kaum wanita dan menyuruh mereka s ... Read more »
Views: 881 | Added by: winamp05 | Date: 14 Nov 2007 | Comments (0)

Ada sejenis syirik dinamakan syirik tersembunyi.
Ia dikatakan tersembunyi kerana kita cuai dan gagal untuk mengesannya. Rasulullah Salallahualaihiwasalam telah mengingatkan umatnya tentang bahaya syirik tersebut.

Baginda amat khuatir terhadap umat sesudahnya sebagaimana yang tercatat dalam sebuah hadiths bermaksud:
Perkara yang paling aku takuti atas umatku ialah syirik kecil.

Para sahabat bertanya: "Apakah erti syirik kecil itu, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Riak".

Sebahagian ulama berpendapat bahawa syirik ada dua jenis -syirik besar dan syirik kecil.

Imam Syamsuddin Az Zahabi dalam kitabnya Al Kabaair menyifatkan syirik itu sebagai dosa terbesar. Menyebut tentang syirik, beliau mengatakan bahawa syirik kepada ALLAH terbahagi dua itu:
< ... Read more »
Views: 825 | Added by: winamp05 | Date: 14 Nov 2007 | Comments (1)

1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.

4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.

5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.

6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.

7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit.
Views: 694 | Added by: winamp05 | Date: 14 Nov 2007 | Comments (1)