menu
person

1.     Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2.     Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3.     Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4.     Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama saya (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5.     Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6.     Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7.     Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8.& ... Read more »
Views: 838 | Added by: winamp05 | Date: 16 Dec 2007 | Comments (0)

Kenapa kaabah berbentuk segiempat

Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, Kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yang last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adala ... Read more »
Views: 797 | Added by: winamp05 | Date: 16 Dec 2007 | Comments (0)

Antara nikmat yang wajib untuk kita syukuri adalah nikmat perutusan Nabi Muhammad S.A.W. Tanpa Baginda, maka kita tidak akan dapat mengecapi nikmat Iman, Islam, al-Quran dan sebagainya. Baginda diutuskan Allah untuk memperkenalkan kita dengan nikmat-nikmat tersebut seterusnya mengajar kita agar mengecapi nikmat-nikmat tersebut dengan menghayatinya dan mengamalkannya. Antara nikmat-nikmat itu ialah nikmat Islam. Allah berfirman di dalam surah Ali Imran, ayat 19: Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah adalah Islam.

Kita semua sedia maklum bahawa Islam adalah agama yang benar. Kebenarannya terserlah pada setiap ajarannya yang lengkap, abadi, sempurna, menyeluruh dan indah. Islam adalah agama yang mengatur kehidupan manusia sejagat. Islam adalah rahmat dalam segenap aspek. Tiada sesuatu pun yang terkecuali melainkan pasti dilitupi oleh nikmat dan rahmat Islam. Islam merangkumi setiap sudut kehidupan, yang kecil mahu pun yang besar. Islam itu ialah Negara dan Tanah Air atau ianya adalah Kerajaan dan Umat. Islam itu ialah Akhlak dan Kekuatan atau ianya adalah Rahmat dan Keadilan. Islam itu ialah Kebudayaan dan Perundangan atau ianya adalah Ilmu Pengetahuan dan Kehakiman. Islam itu ialah Material dan Dana atau ianya adalah Usaha dan Kekayaan. Islam itu ialah Jihad dan Seruan Dakwah atau ianya adalah Ketenteraan dan Ideologi. Sebagaimana Islam itu adalah Akidah yang Benar dan Ibadah yang Sohih. Oleh itu, Islam itu adalah semua dan semua itu adalah Islam. Sama sahaja. T ... Read more »
Views: 771 | Added by: winamp05 | Date: 16 Dec 2007 | Comments (0)