3:38 AM Rahsia di sebalik AL-FATIHAH |
Kita mungkin tahu apa itu surah Al-Fatihah dan kita mungkin boleh
membacanya atau menghafal surat tersebut (mana yang tak boleh baca atau
menghafalnya tak apa, pintu taubat masih terbuka), tetapi tahukah kita
disebalik surah tersebut terdapat rahsia dan hikmatnya yang kita
mungkin tidak tahu. Nak tahu rahsia dan hikmatnya? Fatihah Seribu Faedah Sesiapa yang mengekalkan membaca Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia: i) Meminta pangkat melainkan ia dapat ii)Ia miskin melainkan jadi kaya iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya. iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah. v) Ia lemah melainkan dikuatkan. vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya. Fatihah Mengembalikan Pangkat Sesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula: Hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). Insyaallah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi. PERCAYALAH KEPADA KUDRAT TUHAN. Fatihah Mendapat Zuriat Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah dan peraturan ini: 41 kali membaca Fatihah selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang. Masanya adalah antara sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan mendapat ia anak yang soleh dan baik. Fatihah Sakit Mata Jika sesiapa yang mengidap sakit mata sama ada lama atau baru, dan diatas apa sifatnya sekalipun, hendaklah ia membaca Fatihah dengan niat meminta: i) Sembuh penyakit matanya ii) Pulih pandangannya. iii) Menurut peraturan yang telah disebutkan diatas iaitu: 41 kali membaca Fatihah selama 40 hari diantara sembahyang sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan sembuh penyakit mata itu. Fatihah Di atas Kapas Sesiapa membaca Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang kudis atau luka atau apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin Allah. Wirid Fatihah Sesiapa yang membaca Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali, akan ia: i) Dimurahkan rezekinya ii) Diperbaiki hal ehwalnya iii) Dibersihkan hatinya iv) Diangkat darjatnya v) Dimudahkan pekerjaannya vi) Dilepaskan ia dari dukacita vii) Dijauhkan dari mudharat viii) Diberi ia kerajinan dan semangat ix) Tidak kecewa tak) Jauh dari hasutan syaitan xi) Diilhamkan kepadanya kebajikan Dinding Dimasa Tidur Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca: Qul Huwallah Hu Ahad - 3 kali Qul A'uzubirabbil falaq - 1 kali Qul A'uzubirabbin Nas - 1 kali Terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk dalam masa ia tidur. akhawat sekalian... Sama-samalah kita mengamalkannya.. sebaik-baik penawar ialah ayat alquran... |
|
Total comments: 1 | ||
| ||