menu
person

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah.
Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan
semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman
hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka
menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. P ... Read more »
Views: 1480 | Added by: winamp05 | Date: 05 Aug 2008 | Comments (0)

Dari Muaz bin Anas al Juhani ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda; ‘Barangsiapa yang tetap duduk di tempat solatnya sesudah solat Suboh sedangkan dia tidak berkata apa-apa kecuali kebaikan, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha, maka dosanya diampunkan walaupun lebih banyak dari buih dilautan.’
(hari Abu Daud, bab solat Dhuha, hn 1287)

Dari Hasan bin Ali ra berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; ‘Barangsiapa telah selesai mengerjakan solat Suboh lalu dia berzikir kepada Allah ‘azzawajalla hingga matahari terbit, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat atau 4 rakaat (solat Dhuha), nescaya api neraka tidak akan menyentuh kulitnya.’ (hari Baihaqi dalam Syu’bul Iman, iii/420)

Dari Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw bersabda;
‘Barangsiapa selesai mengerjakan solat Suboh berjemaah, lalu dia duduk sambil berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia mengerjakan solat 2 rakaat (solat Dhuha), maka dia memperolehi pahala seperti haji & umrah.’
Anas ra melanjutkan bahawa Rasulullah saw bersabda;
‘(Haji & umrah) Yang sempurna, Yang sempurna, Yang sempurna.’ (hari Tirmizi, katanya hadis ini hasan gharib, hn 586)

Dari Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda;
‘Sesungghhnya Allah ‘azzawajalla berfirman, “Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu.” ’
(hari riwayat Ah ... Read more »
Views: 1317 | Added by: winamp05 | Date: 05 Aug 2008 | Comments (0)

PERISTIWA Nuzul al-Quran adalah antara perkara penting yang harus diingat dan direnung oleh setiap Muslim. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad saw.

Bermula dengan peristiwa inilah, zaman jahiliah yang diliputi kegelapan disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah kepada bertuhankan Allah yang Esa.

Dalam erti kata lain, peristiwa Nuzul al-Quran menjana perubahan dan membina peradaban umat.

Allah berfirman dalam surah al-Anbia, ayat 108, bermaksud: "Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam."

Mafhum daripada ayat ini menjelaskan bahawa, melalui utusan Nabi Muhammad yang diangkat oleh Allah sebagai Rasul, Baginda menjadi rahmat bagi seluruh alam kerana membawa petunjuk (al-Quran) yang memandu manusia ke jalan yang selamat dan sejahtera.

Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’.

Disebabkan keutamaan inilah, al-Quran berbeza daripada kitab lain yang diturunkan kepada nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad.

Sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat terbesar yang dianugerahkan Allah kepada Rasulullah dalam menghadapi cabaran ketika menyebar dan menegakkan syiar Islam.

Ketabahan Baginda berjaya mengubah bangsa Arab yang suatu ketika dulu hidup tanpa pedoman, jauh dar ... Read more »
Views: 1227 | Added by: winamp05 | Date: 05 Aug 2008 | Comments (0)

angankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itu ... Read more »
Views: 1274 | Added by: winamp05 | Date: 05 Aug 2008 | Comments (0)

Kita mungkin tahu apa itu surah Al-Fatihah dan kita mungkin boleh membacanya atau menghafal surat tersebut (mana yang tak boleh baca atau menghafalnya tak apa, pintu taubat masih terbuka), tetapi tahukah kita disebalik surah tersebut terdapat rahsia dan hikmatnya yang kita mungkin tidak tahu. Nak tahu rahsia dan hikmatnya?


Fatihah Seribu Faedah
Sesiapa yang mengekalkan membaca Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia:

i) Meminta pangkat melainkan ia dapat
ii)Ia miskin melainkan jadi kaya
iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.
iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah.
v) Ia lemah melainkan dikuatkan.
vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya.


Fatihah Mengembalikan Pangkat
Sesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula:

Hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). Insyaallah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi. PERCAYALAH KEPADA KUDRAT TUHAN.


Fatihah Mendapat Zuriat
Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah dan peraturan ini:
41 kali membaca Fatihah selama 40 har ... Read more »
Views: 1408 | Added by: winamp05 | Date: 05 Aug 2008 | Comments (1)

angan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerahsantan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dan lain-lain. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakai ... Read more »
Views: 1183 | Added by: winamp05 | Date: 05 Aug 2008 | Comments (0)

Ingin berkongsi ilmu iaitu terdapat beberapa golongan yang akan di usir dari padang Mahsyar di atas perbuatan yang dilakukan ketika di dunia. Antara golongan itu ialah :

1- Mereka di usir berupa kera. Mereka adalah manusia yang
    suka mengadu domba.

2- Mereka di usir berupa bab*. Mereka adalah yang suka
    memakan barang yang haram.

3- Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan
    kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka
    berdusta.

4- Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta
    tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak
    bangga diri dan sombong.

5- Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri
    sedangkan lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke
    dadanya dan dari mulut keluar nanah yang menjijikan.
    Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan
    dengan perilakunya.

6- Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma
    dari neraka. Mereka adalah menusia yang berusaha
    mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang
    tidak jujur.

7- Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan
    kakinya. Mereka adalah ... Read more »
Views: 1213 | Added by: winamp05 | Date: 05 Aug 2008 | Comments (0)

Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” (hari. Bukhari dan Muslim) Indahnya hidup dengan celupan iman. Saat itulah terasa bahwa dunia bukan segala-galanya. Ada yang jauh lebih besar dari yang ada di depan mata. Semuanya teramat kecil dibanding dengan balasan dan siksa Allah swt.

Menyadari bahwa dosa diri tak akan terpikul di pundak orang lain
Siapa pun kita, jangan pernah berpikir bahwa dosa-dosa yang telah dilakukan akan terpikul di pundak orang lain. Siapa pun. Pemimpinkah, tokoh yang punya banyak pengikutkah, orang kayakah. Semua kebaikan dan keburukan akan kembali ke pelakunya.

Maha Benar Allah dengan firman-Nya dalam surah Al-An’am ayat 164. “…Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan.”

Lalu, pernahkah kita menghitung-hitung dosa yang telah kita lakukan. Seberapa banyak dan besar dosa-dosa itu. Jangan-jangan, hitungannya tak beda dengan jumlah nikmat Allah yang kita terima. Atau bahkan, jauh lebih banyak lagi.

Masihkah kita merasa aman dengan mutu diri seperti itu. Belumkah tersadar kalau tak seorang pun mampu menjamin bahwa esok kita belum berpisah dengan dunia. Belumkah tersadar kalau tak seorang pun bisa yakin bahwa esok ia masih bisa beramal. Belumkah tersa ... Read more »
Views: 1252 | Added by: winamp05 | Date: 05 Aug 2008 | Comments (0)

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut.

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah.

"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.” Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku. Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring ... Read more »
Views: 1268 | Added by: winamp05 | Date: 05 Aug 2008 | Comments (0)

Ramai antara kita menyimpan sekurang-kurangnya senaskah al-Quran di bilik masing-masing. Mungkin hanya sebilangan kecil sahaja daripada bilangan yang ramai itu menjadikan alQuran sebagai bacaan harian. Sebahagian daripadanya mungkin sudah berbulan-bulan tidak menyentuhnya dan mungkin ada juga yang hanya menyentuhnya setiap kali hari jumaat sahaja.

Selebihnya mungkin menjadikan al-Quran sebagai perhiasan sahaja. Sebagai muslim, kita semua tahu akan keistimewaan dan ganjaran membaca al-Quran. Tetapi mungkin kerana kelemahan kita untuk menguasai bahasa arab menyebabkan kita tidak tertarik untuk membaca sesuatu yang kita tidak faham.

Kebaikan membaca al-Quran sangat banyak, di antaranya ialah; bagi orang yang membaca al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah dalam menghafalnya. Manakala orang yang membaca al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan rasa susah (gagap) maka baginya dua pahala juga.

Dari Ibnu Mas’ud ra, Rasulullah bersabda, ”Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka akan mendapat hasanat dan setiap hasanat mempunyai 10 kali ganda pahala. Aku tidak mengatakan bahwa ‘Alif Lam Mim’ itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf.” (hari Tirmidzi)

Mungkin tidak ada masalah untuk membaca al-Quran pada masa iman tengah naik. Tetapi untuk menjadikannya sebagai rutin harian mungkin agak berat. I ... Read more »
Views: 1171 | Added by: winamp05 | Date: 05 Aug 2008 | Comments (0)

Dunia Islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh musuh-musuh islam. Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya ditindas. Hal ini sudah dapat diramal oleh Nabi Muhammad saw sejak dulu lagi, dalam hadithnya:

"Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu 'al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda "cintakan dunia dan bencikan akhirat".

Mari kita renung sejenak tentang kebenaran sabda Rasulullah ini. Jumlah umat Islam pada hari ini mencecah lebih 1 billion, satu angka yang ramai. Mereka bertebaran di muka bumi ini; kebanyakannya tinggal di negara yang dikurniakan Allah hasil bumi yang lumayan.

Sumber ekonomi yang kukuh dan tenaga kerja yang ramai boleh menjadi aset memajukan negara dan sekaligus memartabatkan Islam sehingga disegani seantero dunia. Persoalannya ialah Kenapa faktor-faktor ini tidak dimanfaatkan? Kenapa umat Islam kini menjadi lemah dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam? Sebaliknya musuh Islam yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh menjalankan pelbagai strategi melumpuhkan dan memporak-perandakan negara Islam.

Hasil kekayaan bumi milik negara Islam dieksploit oleh musuh ... Read more »
Views: 1213 | Added by: winamp05 | Date: 05 Aug 2008 | Comments (1)

Doa Imam besar Mekah sehingga menangis.. beliau telah
ditangkap selepas selesai doa tersebut.. semoga Allah
menetapkan Imannya dan sama-samalah kita meng Amin
kannya, Insya Allah.. Terjemahan dari web master
WebLadang.

Ya Allah, yang memiliki segala keAgongan dan
kebesaran. Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Agong,
Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi.

Kami memohon keagongan dan KekuasaanMu. Dan kemenangan
bagi seluruh mujahidin yang berjuang pada jalanMu. Ya
Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama
mereka. Anugerahkanlah kejayaan dan perkukuhkanlah
kedudukan mereka. Ya Allah, satukanlah wawasan mereka,
fokuskanlah sasaran senjata mereka dan teguhkanlah
kata-kata mereka, dan Ya Allah, cekalkanlah hati-hati
mereka.

Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka. Ya
Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah
integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan
tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka. Ya Allah,
nasib kami di tanganMu, dan urusan kami akan
dikembalikan kepadaMu, dan keadaan kami tidak
terlindung dari pengetahuanMu, kepadaMu kami serahkan
kesengsaraan kami, dan jiwa kami, dan kepadaMu kami
mengadu, kepadaMu sahajalah kami mengadu tentang
kekejaman mereka yang menindas, dan kekejaman “
Faajirin”, dan kemarahan mereka yang dikhianatioleh
penjenayah.

Hanya kepadaMu Ya Allah, kami mengadu tentang
kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan
pe ... Read more »
Views: 1185 | Added by: winamp05 | Date: 05 Aug 2008 | Comments (0)

Lafaz pujian nikmat kehidupan perlu disertai kesedaran di dalam hati

SUDAH menjadi lumrah ciptaan Allah, setiap manusia dijadikan tidak akan terlepas daripada menerima ujian walau pada saat mana sekali pun tanpa mengira tempat. Bentuk ujian diberi Allah ternyata berbeza di antara satu sama lain.

Ada manusia diuji dengan musibah dan kesusahan seperti rakan kita yang dilanda tsunami dan ancaman gunung berapi. Pada masa sama, ada di kalangan kita yang diuji dengan kemewahan dan hidup bersenang-lenang.

Kedua-dua bentuk ujian ini menuntut manusia untuk bersabar dan bersyukur. Sekiranya manusia ingkar untuk bersabar dan bersyukur, Allah mencabar golongan ini melalui sebuah Hadis Qudsi yang bermaksud: “Sekiranya Aku menguji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan sekiranya Aku menguji kamu dengan kenikmatan, kamu tidak mahu bersyukur, maka keluarlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah kamu mencari tuhan yang lain.”

Pada hakikatnya, apa saja pergolakan dan perubahan berlaku dalam hidup manusia ini tidak akan terlepas daripada dua bentuk ujian iaitu kesusahan dan kenikmatan. Sekali pandang, antara kedua-dua bentuk ujian ini, kita melihat bersabar itu lebih menuntut pengorbanan jika dibandingkan dengan bersyukur. Lazimnya manusia yang ditimpa musibah akan melalui kesusahan, keresahan, tekanan, penderitaan emosi dan jiwa bergelora. Sementara, bersyukur itu nampaknya mudah untuk dilaksanakan berbanding dengan bersabar kerana lazimnya ... Read more »
Views: 1190 | Added by: winamp05 | Date: 05 Aug 2008 | Comments (0)

Sombong merupakan satu sifat keji yang dibenci Allah dan rasul malah oleh seluruh isi alam ini. Mengekalkan sifat sombong ertinya mengekalkan diri dalam kutukan Allah. Abu Laits Al Samarqandi meriwayatkan ; daripada Ka'bul Ahbar :
Orang yang sombong itu akan datang pada Hari Qiamat berupa orang sekecil semut, diliputi oleh kehinaan dan diberi minum "Thinatul Khabaal" yakni darah bercampur nanah daripada ahli neraka.

Sifat sombong atau ego ini hampir semua orang memilikinya , cuma sesiapa yang kuat mujahadah dan takutkan Allah sahaja berjaya mengikis sifat keji ini. Antara ciri-ciri seseorang itu ada penyakit sombong ialah:

1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.
2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama orang di bawahnya.
3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya.
4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai.
5. rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah samasekali.
6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.
7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.
8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.
9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya saha ... Read more »
Views: 1153 | Added by: winamp05 | Date: 05 Aug 2008 | Comments (0)

Wahai Ukhti Muslimah ..!

Kemusykilan kaum wanita yang terjadi pada
zaman sekarang ini adalah tentang cara berhias
mereka, senang berkumpul dan mengerjakan hal-
hal yang tidak berguna di pusat-pusat keramaian.
Semua itu merupakan perbuatan yang dilarang
oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya.
Yang dimaksud dengan wanita yang senang
memamerkan perhiasannya adalah seorang wanita
yang senang menampakkan diri di hadapan lawan
jenisnya dengan segala keindahan yang
mengundang perhatian. Misalnya dengan
pakaiannya, ucapannya, cara berjalannya maupun
semua sikap yang mendatangkan laki-laki terpikat
kepadanya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman.
"Artinya : Dan janganlah kamu berhias dan
bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang
dahulu".

Mujahid mengatakan. "Wanita yang keluar rumah
yang berjalan dihadapan laki-laki yang bukan
muhrimnya telah bertabarruj (bersolek) dengan
tabarruj jahiliyah.

Tabarruj adalah menampakkan keelokan tubuh dan
kecantikan wajah berikut pesonanya. Atau seperti
kata Imam Bukhari. "Tabarruj" adalah perbuatan
wanita yang memamerkan segala kecantikan
miliknya. Sedangkan Qatadah berkata. "Kaum
wanita memiliki kesenangan berjalan-jalan dan
sikap genit, dan Allah Azza wa Jalla melarang
semuanya itu".

Untuk menjaga masyarakat dari bahaya ini,
menjaga tubuh wanita dari tindak kejahatan,
menjaga mereka ... Read more »
Views: 1287 | Added by: winamp05 | Date: 05 Aug 2008 | Comments (1)

SETIAP pembaca, pendengar dan orang yang menghadiri majlis al-Quran, pasti akan dicatatkan beberapa kelebihan serta kurniaan pahala daripada Allah berdasarkan keikhlasan masing-masing.

Membaca ayat al-Quran sama ada secara bertadarus atau melalui perujian dalam sesuatu pertandingan sebenarnya memberikan pelbagai kelebihan bukan saja kepada pembaca, malah sesiapa yang mendengar dan menghadiri majlis itu.

Bagi pembaca, kelebihan yang ditawarkan ini cukup banyak. Dalam hal ini, Saidina Ali pernah berkata: "Sesiapa yang membaca al-Quran sedang dia mengekalkan solat, maka baginya atas setiap huruf yang dibaca itu sebanyak 100 kebajikan, sesiapa yang membacanya sedang dia duduk lepas solat baginya atas setiap huruf yang dibaca 50 kebajikan.

"Sesiapa yang membaca, sedang dia berada di luar solat tetapi dalam

keadaan berwuduk bagi setiap huruf yang dibaca 25 kebajikan. sesiapa yang membacanya sedang dia belum berwuduk baginya atas setiap huruf yang dibaca itu 10 kebajikan."

Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah turunkan sebaik-baik pembicaraan iaitu sebuah kitab al-Quran yang semua isinya kerap kali sama serta berulang-ulang begitu pun menjadi seram serta naiklah bulu roma bagi mereka yang membacanya, lalu kemudian akan lembut pula hati mereka untuk mengingati aku." (Surah az-Zumar, ayat 23).

Sahabat Rasulullah SAW, Hazrat Ibni Usman menyatakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah bersabda bermaksud: "Muslim yang terbaik antar ... Read more »
Views: 841 | Added by: winamp05 | Date: 05 Aug 2008 | Comments (0)