Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal
dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah
berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang
miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan. Pada
akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam
pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan
telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai
berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat
tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin
diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali. Namun
begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak
terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu
gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan
al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan
masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala
tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba
yang benar-benar taat. Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang
sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah
letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi
muslimah yang berjiwa bersih. P
...
Read more »
|
Dari Muaz bin Anas al Juhani ra berkata bahawa Rasulullah saw telah
bersabda; ‘Barangsiapa yang tetap duduk di tempat solatnya sesudah
solat Suboh sedangkan dia tidak berkata apa-apa kecuali kebaikan,
kemudian dia mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha, maka dosanya diampunkan
walaupun lebih banyak dari buih dilautan.’ (hari Abu Daud, bab solat Dhuha, hn 1287) Dari
Hasan bin Ali ra berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda;
‘Barangsiapa telah selesai mengerjakan solat Suboh lalu dia berzikir
kepada Allah ‘azzawajalla hingga matahari terbit, kemudian dia
mengerjakan 2 rakaat atau 4 rakaat (solat Dhuha), nescaya api neraka
tidak akan menyentuh kulitnya.’ (hari Baihaqi dalam Syu’bul Iman,
iii/420) Dari Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw bersabda; ‘Barangsiapa
selesai mengerjakan solat Suboh berjemaah, lalu dia duduk sambil
berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia mengerjakan
solat 2 rakaat (solat Dhuha), maka dia memperolehi pahala seperti haji
& umrah.’ Anas ra melanjutkan bahawa Rasulullah saw bersabda; ‘(Haji & umrah) Yang sempurna, Yang sempurna, Yang sempurna.’ (hari Tirmizi, katanya hadis ini hasan gharib, hn 586) Dari Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda; ‘Sesungghhnya
Allah ‘azzawajalla berfirman, “Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas
mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya
Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu.” ’ (hari riwayat Ah
...
Read more »
|
PERISTIWA Nuzul al-Quran adalah antara perkara penting yang harus
diingat dan direnung oleh setiap Muslim. Peristiwa Nuzul al-Quran
berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan
Nabi Muhamad saw. Bermula dengan peristiwa inilah, zaman
jahiliah yang diliputi kegelapan disinari cahaya, kesesatan digantikan
kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah kepada
bertuhankan Allah yang Esa. Dalam erti kata lain, peristiwa Nuzul al-Quran menjana perubahan dan membina peradaban umat. Allah
berfirman dalam surah al-Anbia, ayat 108, bermaksud: "Dan tidak Kami
utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada
seluruh alam." Mafhum daripada ayat ini menjelaskan bahawa,
melalui utusan Nabi Muhammad yang diangkat oleh Allah sebagai Rasul,
Baginda menjadi rahmat bagi seluruh alam kerana membawa petunjuk
(al-Quran) yang memandu manusia ke jalan yang selamat dan sejahtera. Kalimah
al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat
akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Disebabkan keutamaan inilah, al-Quran berbeza daripada kitab lain yang diturunkan kepada nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad. Sesungguhnya
al-Quran adalah mukjizat terbesar yang dianugerahkan Allah kepada
Rasulullah dalam menghadapi cabaran ketika menyebar dan menegakkan
syiar Islam. Ketabahan Baginda berjaya mengubah bangsa Arab
yang suatu ketika dulu hidup tanpa pedoman, jauh dar
...
Read more »
|
angankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa
mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari
walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga,
namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah
lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang
rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki
sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak
logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah
wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu
rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba
jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan
hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang
sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada
zat Allah yang kekal, disitulah suisnya. Akal setipis rambutnya,
tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan
selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari
situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan
terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik
dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu
bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan,
kerana rahim wanita yang lembut itu
...
Read more »
|
Kita mungkin tahu apa itu surah Al-Fatihah dan kita mungkin boleh
membacanya atau menghafal surat tersebut (mana yang tak boleh baca atau
menghafalnya tak apa, pintu taubat masih terbuka), tetapi tahukah kita
disebalik surah tersebut terdapat rahsia dan hikmatnya yang kita
mungkin tidak tahu. Nak tahu rahsia dan hikmatnya? Fatihah Seribu FaedahSesiapa yang mengekalkan membaca Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia: i) Meminta pangkat melainkan ia dapat ii)Ia miskin melainkan jadi kaya iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya. iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah. v) Ia lemah melainkan dikuatkan. vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya. Fatihah Mengembalikan PangkatSesiapa
yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang
olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula: Hendaklah
ia membaca Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya
selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus).
Insyaallah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat
yang lebih tinggi. PERCAYALAH KEPADA KUDRAT TUHAN. Fatihah Mendapat ZuriatSesiapa
yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan
surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah dan peraturan ini: 41 kali
membaca Fatihah selama 40 har
...
Read more »
|
angan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya
jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang
atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia
jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang
Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh ataupun
degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di
kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerahsantan
kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dan lain-lain. Apa ilmu pun
yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Percayalah. Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan
orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap
dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku
panjang. Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari
pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita
atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. Kuku
panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis
manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita
mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk
kesihatan dan kebersihan diri sendiri Nasihat Nabi Muhammad Saw.
kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu
anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali
iaitu kalau memakai cincin pakai
...
Read more »
|
Ingin berkongsi ilmu iaitu terdapat beberapa golongan yang akan di usir
dari padang Mahsyar di atas perbuatan yang dilakukan ketika di dunia.
Antara golongan itu ialah : 1- Mereka di usir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba. 2- Mereka di usir berupa bab*. Mereka adalah yang suka memakan barang yang haram. 3- Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta. 4- Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong. 5- Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedangkan lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulut keluar nanah yang menjijikan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya. 6- Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah menusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur. 7- Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah
...
Read more »
|
Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan
sedikit tertawa dan banyak menangis.” (hari. Bukhari dan Muslim)
Indahnya hidup dengan celupan iman. Saat itulah terasa bahwa dunia
bukan segala-galanya. Ada yang jauh lebih besar dari yang ada di depan
mata. Semuanya teramat kecil dibanding dengan balasan dan siksa Allah
swt. Menyadari bahwa dosa diri tak akan terpikul di pundak orang lainSiapa
pun kita, jangan pernah berpikir bahwa dosa-dosa yang telah dilakukan
akan terpikul di pundak orang lain. Siapa pun. Pemimpinkah, tokoh yang
punya banyak pengikutkah, orang kayakah. Semua kebaikan dan keburukan
akan kembali ke pelakunya. Maha Benar Allah dengan firman-Nya
dalam surah Al-An’am ayat 164. “…Dan tidaklah seorang membuat dosa
melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang
yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada
Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang
kamu perselisihkan.” Lalu, pernahkah kita menghitung-hitung dosa
yang telah kita lakukan. Seberapa banyak dan besar dosa-dosa itu.
Jangan-jangan, hitungannya tak beda dengan jumlah nikmat Allah yang
kita terima. Atau bahkan, jauh lebih banyak lagi. Masihkah kita
merasa aman dengan mutu diri seperti itu. Belumkah tersadar kalau tak
seorang pun mampu menjamin bahwa esok kita belum berpisah dengan dunia.
Belumkah tersadar kalau tak seorang pun bisa yakin bahwa esok ia masih
bisa beramal. Belumkah tersa
...
Read more »
|
Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut.Ada
sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan
Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah
mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi
itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah. "Wahai
umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.
Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.” Kuwariskan dua perkara pada
kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,
bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan
masuk syurga bersama-sama aku. Khutbah singkat itu diakhiri dengan
pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap
sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan
berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman
menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.
Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan
meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia
tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda
itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap
Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.
Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan
menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah
Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang
terbaring
...
Read more »
|
Ramai antara kita menyimpan sekurang-kurangnya senaskah al-Quran di
bilik masing-masing. Mungkin hanya sebilangan kecil sahaja daripada
bilangan yang ramai itu menjadikan alQuran sebagai bacaan harian.
Sebahagian daripadanya mungkin sudah berbulan-bulan tidak menyentuhnya
dan mungkin ada juga yang hanya menyentuhnya setiap kali hari jumaat
sahaja. Selebihnya mungkin menjadikan al-Quran sebagai perhiasan
sahaja. Sebagai muslim, kita semua tahu akan keistimewaan dan ganjaran
membaca al-Quran. Tetapi mungkin kerana kelemahan kita untuk menguasai
bahasa arab menyebabkan kita tidak tertarik untuk membaca sesuatu yang
kita tidak faham. Kebaikan membaca al-Quran sangat banyak, di
antaranya ialah; bagi orang yang membaca al-Quran dengan maksud untuk
menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali
pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah dalam menghafalnya.
Manakala orang yang membaca al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih
dan rasa susah (gagap) maka baginya dua pahala juga. Dari Ibnu
Mas’ud ra, Rasulullah bersabda, ”Barang siapa yang membaca satu huruf
dari kitab Allah, maka akan mendapat hasanat dan setiap hasanat
mempunyai 10 kali ganda pahala. Aku tidak mengatakan bahwa ‘Alif Lam
Mim’ itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim
satu huruf.” (hari Tirmidzi) Mungkin tidak ada masalah untuk
membaca al-Quran pada masa iman tengah naik. Tetapi untuk menjadikannya
sebagai rutin harian mungkin agak berat. I
...
Read more »
|
Dunia Islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh musuh-musuh islam.
Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya
ditindas. Hal ini sudah dapat diramal oleh Nabi Muhammad saw sejak dulu
lagi, dalam hadithnya: "Umat lain akan meratah kamu dengan rakus
sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat
bertanya adakah kerana bilangan umat islam yang sedikit? Baginda
menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana
banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun
di dalam hati musuh terhadap kamu 'al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia
wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda "cintakan dunia dan bencikan
akhirat". Mari kita renung sejenak tentang kebenaran sabda
Rasulullah ini. Jumlah umat Islam pada hari ini mencecah lebih 1
billion, satu angka yang ramai. Mereka bertebaran di muka bumi ini;
kebanyakannya tinggal di negara yang dikurniakan Allah hasil bumi yang
lumayan. Sumber ekonomi yang kukuh dan tenaga kerja yang ramai
boleh menjadi aset memajukan negara dan sekaligus memartabatkan Islam
sehingga disegani seantero dunia. Persoalannya ialah Kenapa
faktor-faktor ini tidak dimanfaatkan? Kenapa umat Islam kini menjadi
lemah dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam? Sebaliknya
musuh Islam yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh menjalankan
pelbagai strategi melumpuhkan dan memporak-perandakan negara Islam. Hasil
kekayaan bumi milik negara Islam dieksploit oleh musuh
...
Read more »
|
Doa Imam besar Mekah sehingga menangis.. beliau telah ditangkap selepas selesai doa tersebut.. semoga Allah menetapkan Imannya dan sama-samalah kita meng Amin kannya, Insya Allah.. Terjemahan dari web master WebLadang. Ya Allah, yang memiliki segala keAgongan dan kebesaran. Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Agong, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon keagongan dan KekuasaanMu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahidin yang berjuang pada jalanMu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukanlah wawasan mereka, fokuskanlah sasaran senjata mereka dan teguhkanlah kata-kata mereka, dan Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka. Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka. Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka. Ya Allah, nasib kami di tanganMu, dan urusan kami akan dikembalikan kepadaMu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuanMu, kepadaMu kami serahkan kesengsaraan kami, dan jiwa kami, dan kepadaMu kami mengadu, kepadaMu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, dan kekejaman “ Faajirin”, dan kemarahan mereka yang dikhianatioleh penjenayah. Hanya kepadaMu Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan pe
...
Read more »
|
Lafaz pujian nikmat kehidupan perlu disertai kesedaran di dalam hati SUDAH
menjadi lumrah ciptaan Allah, setiap manusia dijadikan tidak akan
terlepas daripada menerima ujian walau pada saat mana sekali pun tanpa
mengira tempat. Bentuk ujian diberi Allah ternyata berbeza di antara
satu sama lain. Ada manusia diuji dengan musibah dan kesusahan
seperti rakan kita yang dilanda tsunami dan ancaman gunung berapi. Pada
masa sama, ada di kalangan kita yang diuji dengan kemewahan dan hidup
bersenang-lenang. Kedua-dua bentuk ujian ini menuntut manusia
untuk bersabar dan bersyukur. Sekiranya manusia ingkar untuk bersabar
dan bersyukur, Allah mencabar golongan ini melalui sebuah Hadis Qudsi
yang bermaksud: “Sekiranya Aku menguji kamu dengan kesusahan, kamu
tidak mahu bersabar, dan sekiranya Aku menguji kamu dengan kenikmatan,
kamu tidak mahu bersyukur, maka keluarlah kamu dari bumi dan langit
Allah ini dan pergilah kamu mencari tuhan yang lain.” Pada
hakikatnya, apa saja pergolakan dan perubahan berlaku dalam hidup
manusia ini tidak akan terlepas daripada dua bentuk ujian iaitu
kesusahan dan kenikmatan. Sekali pandang, antara kedua-dua bentuk ujian
ini, kita melihat bersabar itu lebih menuntut pengorbanan jika
dibandingkan dengan bersyukur. Lazimnya manusia yang ditimpa musibah
akan melalui kesusahan, keresahan, tekanan, penderitaan emosi dan jiwa
bergelora. Sementara, bersyukur itu nampaknya mudah untuk dilaksanakan
berbanding dengan bersabar kerana lazimnya
...
Read more »
|
Sombong merupakan satu sifat keji yang dibenci Allah dan rasul malah
oleh seluruh isi alam ini. Mengekalkan sifat sombong ertinya
mengekalkan diri dalam kutukan Allah. Abu Laits Al Samarqandi
meriwayatkan ; daripada Ka'bul Ahbar : Orang yang sombong itu akan
datang pada Hari Qiamat berupa orang sekecil semut, diliputi oleh
kehinaan dan diberi minum "Thinatul Khabaal" yakni darah bercampur
nanah daripada ahli neraka. Sifat sombong atau ego ini hampir
semua orang memilikinya , cuma sesiapa yang kuat mujahadah dan takutkan
Allah sahaja berjaya mengikis sifat keji ini. Antara ciri-ciri
seseorang itu ada penyakit sombong ialah: 1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya. 2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama orang di bawahnya. 3.
Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik,
berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik
dan sebagainya. 4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai. 5. rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah samasekali. 6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja. 7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting. 8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain. 9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya saha
...
Read more »
|
Wahai Ukhti Muslimah ..! Kemusykilan kaum wanita yang terjadi pada zaman sekarang ini adalah tentang cara berhias mereka, senang berkumpul dan mengerjakan hal- hal yang tidak berguna di pusat-pusat keramaian. Semua itu merupakan perbuatan yang dilarang oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya. Yang dimaksud dengan wanita yang senang memamerkan perhiasannya adalah seorang wanita yang senang menampakkan diri di hadapan lawan jenisnya dengan segala keindahan yang mengundang perhatian. Misalnya dengan pakaiannya, ucapannya, cara berjalannya maupun semua sikap yang mendatangkan laki-laki terpikat kepadanya. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman. "Artinya : Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu". Mujahid mengatakan. "Wanita yang keluar rumah yang berjalan dihadapan laki-laki yang bukan muhrimnya telah bertabarruj (bersolek) dengan tabarruj jahiliyah. Tabarruj adalah menampakkan keelokan tubuh dan kecantikan wajah berikut pesonanya. Atau seperti kata Imam Bukhari. "Tabarruj" adalah perbuatan wanita yang memamerkan segala kecantikan miliknya. Sedangkan Qatadah berkata. "Kaum wanita memiliki kesenangan berjalan-jalan dan sikap genit, dan Allah Azza wa Jalla melarang semuanya itu". Untuk menjaga masyarakat dari bahaya ini, menjaga tubuh wanita dari tindak kejahatan, menjaga mereka
...
Read more »
|
SETIAP pembaca, pendengar dan orang yang menghadiri majlis al-Quran,
pasti akan dicatatkan beberapa kelebihan serta kurniaan pahala daripada
Allah berdasarkan keikhlasan masing-masing. Membaca ayat
al-Quran sama ada secara bertadarus atau melalui perujian dalam sesuatu
pertandingan sebenarnya memberikan pelbagai kelebihan bukan saja kepada
pembaca, malah sesiapa yang mendengar dan menghadiri majlis itu. Bagi
pembaca, kelebihan yang ditawarkan ini cukup banyak. Dalam hal ini,
Saidina Ali pernah berkata: "Sesiapa yang membaca al-Quran sedang dia
mengekalkan solat, maka baginya atas setiap huruf yang dibaca itu
sebanyak 100 kebajikan, sesiapa yang membacanya sedang dia duduk lepas
solat baginya atas setiap huruf yang dibaca 50 kebajikan. "Sesiapa yang membaca, sedang dia berada di luar solat tetapi dalam keadaan
berwuduk bagi setiap huruf yang dibaca 25 kebajikan. sesiapa yang
membacanya sedang dia belum berwuduk baginya atas setiap huruf yang
dibaca itu 10 kebajikan." Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah turunkan sebaik-baik pembicaraan iaitu sebuah
kitab al-Quran yang semua isinya kerap kali sama serta berulang-ulang
begitu pun menjadi seram serta naiklah bulu roma bagi mereka yang
membacanya, lalu kemudian akan lembut pula hati mereka untuk mengingati
aku." (Surah az-Zumar, ayat 23). Sahabat Rasulullah SAW, Hazrat
Ibni Usman menyatakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah bersabda
bermaksud: "Muslim yang terbaik antar
...
Read more »
|
|